Thursday 19 January 2012

Alat Pelindung Mulut


Apa itu alat pelindung mulut?

Alat pelindung mulut adalah suatu alat plastik yang disarungkan pada gigi untuk melindung gigi dan mulut daripada kecederaan. Ia juga mampu mengurangkan risiko kecederaan tulang rahang ketika beraksi dalam sukan lasak.

Jenis-jenis alat pelindung mulut

Ada beberapa jenis alat pelindung mulut iaitu :

  • Pelindung mulut khas (dibuat di klinik pergigian mengikut saiz rahang individu).
  • Pelindung mulut yang dibuat secara memanaskan dan menggigit bahan pelindung mulut (mouth-formed).
  • Pelindung mulut siap ada (ready-made).

Bagaimana memilih alat pelindung mulut yang sesuai?
Pilih yang :

  • boleh lentur (fleksibel)
  • tidak mudah koyak
  • selesa
  • padan dengan mulut
  • tidak mengganggu pertuturan dan pernafasan

Bila anda perlu memakai alat pelindung mulut?

Anda perlu memakainya semasa mengambil bahagian dalam aktiviti sukan lasak seperti tinju, hoki, papan luncur, kasut roda dan lumba basikal.

Bagaimana menjaga alat pelindung mulut?

  • Bilas dengan air atau bahan kumuran sebelum dan selepas penggunaannya.
  • Bersihkan dengan berus gigi sebelum disimpan dalam bekas tidak kedap udara.
  • Elakkan dari suhu panas.

alat pelindung mulut

Memakai alat pelindung mulut untuk kali pertama

Anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pemakaian alat pelindung mulut.
Pertama kali memakainya, anda mungkin mengalami :

  • kesukaran untuk bertutur
  • pengeluaran air liur bertambah
  • rasa tidak selesa

Semakan akhir : 27 Mei 2008

No comments:

Post a Comment