Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Epilepsi/ Sawan/ tarik


Memahami penyakit sawan dan epilepsi

Pergerakan aneh, pengsan dan sawan
Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

  • Diam seketika
  • Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran
  • Kaki dan tangan menjadi keras/kejang
  • Kaki dan tangan menyentak-nyentak
  • Tiba-tiba jatuh ke lantai

Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :

  • Terkejut
  • Pergerakan normal semasa tidur
  • Tindakan menahan nafas
  • Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures)
  • Pengsan
  • Berangan

Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar. Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.

Nota:
Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik.. Sel-sel otak berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku. Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:

  • Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan
  • Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan
  • Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.
  • Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.

Delirium (Meracau/kekeliruan akut)

Pengenalan

'Delirium' adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-tiba atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). 'Delirium' atau kekeliruan yang akut, bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa jenis gejala-gejala) yang berlaku akibat proses penyakit. 'Delirium' ini kerap berlaku di kalangan pesakit dalam hospital, melingkungi 10-20% pesakit di wad perubatan dan pembedahan. Kadar kekerapan berlakunya 'delirium' di kalangan pesakit warga emas meningkat lebih tinggi, menjangkau 30-40%. Kadar di kalangan kanak-kanak juga tinggi.

Ada banyak sebab-sebab 'delirium' berlaku, termasuk penyakit fizikal yang teruk, penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak langsung ( contohnya; jangkitan, kecederaan, keracunan, dan sebagainya); atau boleh di sebabkan dadah dan alkohol. Di kalangan warga emas, penyebab yang paling kerap adalah jangkitan saluran kencing.

Tanda-tanda dan gejala
'Delirium', mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia, penyakit kemurungan dan penyakit psikosis. Tanda-tanda yang utama 'delirium' adalah:

  • Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah.
  • Keliru terhadap masa, tempat dan orang.
  • Hilang tumpuan
  • Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-tanda psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah); perubahan emosi dan juga gangguan tidur. 'Delirium'di kalangan warga emas, mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Komplikasi
Kebanyakan daripada pesakit yang mengalami delirium pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun kadar untuk pulih di kalangan warga emas berbeza, dari 4 hingga 40%, dan masalah ingatan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih.
'Delirium' boleh menyebabkan seseorang berada di hospital pada masa yang lebih, dan boleh meningkatkan risiko kematian.

Rawatan
Oleh kerana 'delirium' adalah satu masalah yang serius, adalah baik sekiranya pesakit dimasukkan ke hospital. Perawat perlulah lebih peka kepada tanda-tanda delirium terutamanya di kalangan warga emas.
Kenal pasti dan rawat punca 'delirium' secepat mungkin.
Rawatan sokongan termasuk membantu pesakit mengorientasikan diri mereka kepada persekitaran, memberi arahan seringkas yang mungkin, dan sebagainya. Strategi-strategi lain termasuk memberi pembelajaran kepada ahli keluarga tentang keadaan pesakit serta menggalakkan mereka supaya menemani pesakit semasa dalam wad.
Kadang-kadang rawatan ubatan perlu digunakan untuk mengawal masalah psikotik dan tingkah laku.

Faktor-faktor risiko

  • Faktor-faktor individu termasuk umur, penurunan kognitif [cognitive deficit], penyakit lain yang berlaku pada masa yang sama [ko-morbid] dan episod-episod 'delirium' yang lepas.
  • Faktor-faktor bersabit prosedur semasa pembedahan.
  • Penyakit-penyakit lain seperti kelecuran akibat kebakaran, AIDS, jangkitan lain, perubahan metabolik dan sebagainya.
  • Faktor-faktor berkait dengan ubatan termasuk ketagihan dadah dan alkohol.
  • Faktor-faktor sekitar termasuk stres, pengasingan sosial, kerosakan deria dan kelumpuhan yang berpanjangan dan sebagainya.

Rehabilitasi
Setelah keluar dari hospital, pesakit mungkin memerlukan penilaian yang berterusan, dan juga perawatan dari segi defisit kognitif dan fungsi harian. Kebiasaannya ia di dalam bentuk rawatan cara kerja dan fisioterapi yang berterusan.

Semakan akhir : 20 Mei 2008

CIRIT-BIRIT (DIARRHOEA)

Pengenalan

Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?

Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

* Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
* Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?

Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:

Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

* Bakteria
* contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
* Virus
* contoh; Norwalk virus, Rotavirus
* Parasit
* contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

* Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
* Reaksi ubat-ubatan
* anti-biotik tertentu
* Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
* Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?

* Perut rasa memulas lebih kerap
* Cirit-birit
* Mual dan muntah-muntah
* Demam
* Hilang selera makan
* Sakit perut/kejang
* Kembung perut

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana

* Mulut dan lidah kering
* Bibir merekah
* Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
* Gelisah
* Tidak kencing sehingga 4-6 jam
* Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)

Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

* Kulit kering dan berkedut
* Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
* Enggan makan
* Mata cengkung
* Sukar bernafas
* Nadi yang lemah dan cepat
* Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?

Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

* Tanda-tanda dihidrasi
* Darah pada najis atau najis bewarna hitam
* Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
* Hilang berat badan
* Mengantuk dan kelihatan lali
* Demam > 38 darjah selsius
* Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?

* Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
* Jangkitan Sistemic (systemic infection)
* Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
* Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah

* 30 hingga 90mls setiap jam

Umur 6 bulan hingga 1 tahun

* 90 hingga 120mls setiap jam

Umur atas 1 tahun

* 120 hingga 240 mls setiap jam

BENIGN PAPULAR LESIONS

BENIGN PAPULAR LESIONS

Milia

  • Bintil-bintil bersaiz kecil (1-2 mm), berwarna putih seperti mutiara.
  • Hampir separuh bayi yang baru lahir mengalami masalah ini
  • Disebabkan oleh penahanan sel-sel kulit lama dan bahan-bahan berminyak di dalam folikel-folikel rambut.
  • Kebiasaannya terjadi pada muka terutama pada bahagian hidung, bahagian atas pipi dan dagu.
  • Biasanya ia akan beransur-ansur hilang apabila usia bayi meningkat beberapa bulan
  • Tiada rawatan diperlukan
  • Pencegahannya masih belum diketahui.

Maklumat selanjutnya http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001367.htm

Pembengkakan kelenjar sebaceous (Sebaceous gland hyperplasia)

  • Beberapa bintil-bintil halus berwarna kuning atau merah di hidung, pipi, atas bibir bayi yang baru lahir.
  • Ia dipercayai kesan daripada hormon ibu terhadap kelenjar peluh bayi dan akan sembuh dengan sendirinya dalam bulan pertama usia bayi.

Apakah itu beguk?

Apakah itu beguk?

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala Beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti.

Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Mulut kering dan hilang selera
  • Keletihan
  • Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Adakah ia satu penyakit yang ringan(biasa)?
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:

  • Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
  • Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
  • Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
  • Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
  • Pekak

Bagaimanakah ia dirawat?
Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
  • Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
  • Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.

Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Bolehkah ia dicegah?
Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.