Ujian Saringan Untuk Kegemukan (Obesiti)
Adakah saya gemuk?
Ketahuilah Indeks Jisim Badan (IJB) anda. Anda gemuk (obes) sekiranya IJB anda ≥ 27.5.
Anda dinasihatkan untuk menilai IJB anda dengan kerap.
Apakah itu Indek Jisim Badan (IJB)?
Indeks Jisim Badan (IJB) adalah ukuran untuk menilai berat badan seimbang dengan ketinggian.
Formula untuk mengira IJB adalah:
Bagaimana untuk mentafsir Indeks Jisim Badan (IJB)?
Jadual di bawah menunjukkan tafsiran IJB :
Kiraan IJB anda | |
|
|
Ketinggian anda : | (sentimeter, sm) |
|
|
Berat anda: | (Kilogram, kg) |
|
|
|
IJB | Anda adalah |
Kurang dari 18.5 | Kurang berat badan |
18.5 - 22.9 | Berat badan unggul |
> 23.0 | Lebih berat badan (gemuk) |
23.0 - 27.4 | Pra-obes |
27.5 dan ke atas | Obes |
Mengapakah saya harus mengetahui dan mengawasi IJB saya?
Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat adalah berat badan. Pada amnya seseorang yang gemuk kurang sihat. Seseorang yang pra-gemuk dan gemuk lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit "osteoarthritis". Kegemukan juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kanser.
Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.
Kajian Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 16.6% orang dewasa mengalami pra-obes dan 4.4% lagi mengalami kegemukan. Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami pra-obes atau kegemukan.
Dimanakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk?
Anda boleh menimbang berat badan dan mengira IJB anda sendiri di rumah.
Anda juga boleh membuatnya di mana-mana klinik kesihatan. Doktor boleh melakukannya jika anda merujuk kepada mereka.
Bilakah saya harus menjalani ujian saringan kegemukan (obes)?
Timbang dengan kerap berat badan anda dan ketahuilah berat badan yang unggul.
Timbang berat anda dengan pakaian yang nipis sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan kira IJB anda.
Apakah berat badan yang unggul?
Kiraan IJB diantara 18.5 - 23 adalah dikira sebagai berat badan unggul.
Sebagai contoh sekiranya ketinggian anda 1.5 meter, berat badan 50 kg, IJB anda adalah 50/(1.5 x 1.5) iaitu 22.2.
Apakah itu lebih berat badan?
Sekiranya IJB anda adalah 23.0 atau lebih, anda dalam katogori pra-obes.
Sebagai contoh jika ketinggian seseorang 1.5 meter, berat badan 53 kg, IJB beliau adalah 53/(1.5 x 1.5) iaitu 23.5.
Apakah itu kegemukan (obes)?
Sekiranya IJB anda adalah ≥ 27.5, anda dalam kategori gemuk.
Sebagai contoh, jika ketinggian seseorang 1.5 meter, berat badan 70 kg, IJB beliau adalah 31.1 dan beliau dalam kategori obes.
Siapakah yang perlu saya rujuk sekiranya saya lebih berat badan?
Rujuk kepada doktor, pegawai pemakanan atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
Bagaimana saya boleh mencapai berat badan yang unggul?
|
Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang unggul?
Sekiranya anda mempunyai berat badan unggul, amalkan cara hidup sihat.
- Makan secara sihat
- Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
- Sentiasa aktif
- Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 - 30 minit setiap kali.
Rujukan :
Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity, Malaysia, 2002.
Kumpulan sokongan :
- Malaysian Association for Study on Obesity (MASO)
- Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS)
- Malaysian Nutrition Society
- Malaysian Dietitian Society
Semakan Akhir : 28 April 2008
No comments:
Post a Comment