Apakah jenis jenis gaya keibubapaan?
Ibu bapa lazim menggunakan beberapa gaya seperti yang dinyatakan di bawah:
Gaya Keibubapaan | Ciri-ciri |
Berwibawa (Authoritative) |
|
Mengabaikan atau cuai (Neglecting) |
|
Memanjakan (Indulgent) |
|
Kuku besi (Authoritarian) |
|
Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?
- Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibubapa yang berwibawa adalah ibubapa yang:
- Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.
- Berinteraksi secara positif, disamping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.
- Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.
- Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.
Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?
- Mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak
- Meningkatkan rasa harga diri anak
- Mengalakkan disiplin diri anak
- Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri
- Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak
- Membantu anak mempunyai kawalan diri.
Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?
- Merendahkan rasa harga diri anak
- Anak gagal mempunyai sikap asertif
- Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang
- Perhubungan antara ibubapa dan anak menjadi kurang mesra
- Anak yang kerap memprotes secara melampau
Cadangan ke arah menjadi ibu bapa yang positif.
Cadangan | Maklumat | Contoh bagaimana melakukannya | |
1 | Luangkan masa berkualiti bersama anak | Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak. |
|
2 | Kerap menggunakan ungkapan pujian |
|
|
3 | Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah | Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga. | Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:
Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu perlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu." |
4 | Jangan peduli / jangan ambil endah | Ada ketikanya ibubapa akan menegur tingkahlaku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibubapa. | Langkah yang patut dilakukan adalah:
Ibubapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibubapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini. |
5 | Anak membuat keputusan | Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibubapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak. |
|
6 | Kemahiran tambahan | Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa kesemasa yang menuntut kemahiran tambahan |
|
Semakan akhir : 28 April 2008
No comments:
Post a Comment